Mengimbas kembali di Zaman 80-an, 27 tahun yang lalu, sejarah penubuhan gereja st.maria goretti bermula pada pertengahan tahun 1983. Pada waktu itu penduduk di Kampung Gaulan bolehlah diketogerikan sebagai penduduk yang masi kuno ataupun masih mengamalkan kepercayaan karut, pendek kata masih tidak beragama ataupun kafir. Pada masa itu hanya 3 orang penduduk Gaulan yang telah memeluk agama kristian RC iaitu Saudara Joseph Sapanggal (Mendiang), Saudara Francis Andakal (Mendiang) dan Puan Lucy Atat. Mereka jugalah diantara perintis kepada umat umat kristian di kampung Gaulan sehinggalah ke hari ini.
![]() |
| Katikis David Liew bergambar bersama para ketikumen yang dibaptis dirumah beliau. |
Dalam tahun itu, seorang katikis bernama Bernard Asubin Asundang yang berasal dari Kampung Tipoh Tenom pergi melawat di kampung Gaulan. Melihat keadaan orang-orang dikampung Gaulan yang masih Kafir,katikis Bernard Asubin membuat satu perjumpaan bagi orang-orang yang yang ingin memeluk agama kristian. Ia membawa bersama Fr.Francis Tchen untuk membuat Ibadat Sabda tanpa komini di rumah Saudara Awin Chung. Ibadat sabda ini merupakan ibadat sabda yang pertama di lakukan di Kampung GaulanSambutan daripada umat dalam upaca ibadat sabda itu amat menggalakkan. Keadaan ini telah menyebapkan timbul niat Katikis Bernard Asubin untuk mengajar tentang agama. Katikis Bernard kemudian membuka kelas agama untuk orang-orang yang berminat dalam agama kristian. Memandangkan gereja masih belum ada, Katikis Bernard melakukan pembelajaran agama di rumah saudara David Liew. Walaubagaimanapun penyertaan umat dalam pembelajaran itu tidaklah begitu baik. Kelas agama yang dilakukan di rumah saudara David Liew itu hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja termasuk keluarga David Liew sendiri.
Selepas pembelajaran pertama dijalankan, katikumen yang pertama telah menerima sakramen Permandian di St.Anthony Tenom yang dibaptis oleh Fr.Tchen Francis. Antara yang menerima sakramen Permandian pada ketika itu ialah Saudara David Liew dan keluarganya. Setelah menerima sakramen permandian , David Liew telah dipilih oleh Katikis Bernard Asubin untuk menjadi katikis. Dengan tidak menghampakan permintaan itu, Saudara David Liew menyahut panggilannya untuk menjadi Katikis .
Pada tahun 1984, David Liew mengikuti kursus Katikis di Pusat Latihan Katikis bertempat di PUSKAT St.Francis Xavier Keningau. Pada masa kini dipanggil Pusat Pastoral Keuskupan(PPK) . Beliau menjalani kursus selama 6 minggu. Selepas menamatkan kursus itu, katikis David Liew memulakan pelayanannya sebagai katikis dengan menjalankan ibadat Sabda. Selain itu beliau juga mula mengajar agama bermula dirumah nya sendiri. Pembelajaran agama yang dijalankannya itu mendapat perhatian daripada umat yang ingin mendekati kristus.
![]() |
Fr.William bergambar bersama umat di hadapan gereja St.Maria Goretti Gaulan pada tahun 1985. |
Sakramen Permandian seterusnya , adalah dilakukan di rumah katikis David Liew sendiri yang dibaptis oleh Fr. Brian Sabastian yang berbangsa Keling. Dengan sakramen itu Semakin lama semakin ramai pengikut kristus di Kg.Gaulan diatas kesungguhan Katikis David Liew untuk menyebarkan warta Tuhan melalui pelayanannya, dan Sakreman permandian seterusnya lagi diadakan di St. Yohanes Senagang, Pada masa itu semua ketikumen dari Kampung Gaulan menerima sakremen itu yang dibaptis oleh Fr.William yang berbangsa Inggeris.
Fr.Tchen Francis yang pada masa itu bertugas di St.Anthony Tenom, kerap berkunjung di kampung Gaulan , melihat penyertaan umat dalam ibadat sabda dan misa begitu menggalakkan, maka beliau mencadangkan agar sebuah gereja di tubuhkan di kampung gaulan. Fr. Tchen mula berbincang mengenai perkara itu bersama Katikis David Liew. Dan hasil perbincangan Katikis David Liew memutuskan untuk meminjamkan tanah beliau dengan ikhlas untuk tujuan mendirikan gereja berdekatan dengan rumahnya.
Pada tahun 1985, sebuah gereja kecil atas naungan St.Maria Goretti telah didirikan diatas pertolongan dan peruntukan yang diberikan oleh Fr.Tchen Francis. Dan pada 26.Mei 1985, gereja kecil itu telah dirasmikan oleh Fr.Tchen Francis sendiri.
Ekoran daripada penubuhan Gereja Kecil St.Maria Goretti Gaulan, umat mula aktif untuk mengambil bahagian dalam ibadat sabda mahupun misa. Maka, bermulalah aktiviti-aktiviti yang lain seperti penubuhan ahli-ahli belia, liga wanita dan tidak ketinggalan persatuan Timores. Belia pada masa itu begitu aktif dan komited dalam pelayanan , adakalanya Belia st maria Goretti Gaulan akan bergabung dengan belia St . Yohanes Senagang dalam beberapa aktiviti seperti Carolling dan Rosari.
![]() |
| komuti timores di tahun 80-an |
Hari demi hari, tahun demi tahun semakin ramailah umat yang memeluk Kristian melalui pembaptisan. Umat St.Maria Goretti juga tidak ketinggalan dalam perayaan gereja dan juga perayaan tempatan peringkat gereja seperti Krismas, Paska, kaamatan dan lain-lain lagi. Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa tahun, apabila pengikut kristus semakin ramai di kampung Gaulan, setiap hari ahad gereja kecil st .Maria Goretti gaulan akan dipenuhi umat untuk beribadat. Keadaan ini menyebapkan timbul niat Katikis David Liew mencari jalan penyelesaian bagi menampung umat yang semakin ramai ketika bersembahyang di gereja kecil itu. Beliau kemudian mendapat ilham untuk mencuba memohon sebuah Gereja daripada Kerajaan , dan nasib menyebelahinya apabila permohonan beliau diluluskan.
Pada tahun 1991, sebuah gereja baru St.Maria Goretti Gaulan telah di tubuhkan, gereja ini telah dirasmikan oleh Rev.Fr.Cosmas Lee pada 31 Mei 1991. Gereja yang di rasmikan pada hari itu masih lagi di gunakan sehingga hari ini. Dan cintakasih Tuhan terhadap pengikit-pengikut kristus tidak pernah berhenti, buktinya, pada hari ini Gereja st.Maria goretti akan sentiasa dipenuhi oleh umat dalam ibadat sabda mahupun misa.
Begitulah antara kisah sejarah penubuhan gereja st. maria goretti gaulan, bagi para belia dan umat-umat baru di st.maria goretti perlulah bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan jasa dan yang terlibat dalam penubuhan gereja st.maria goretti gaulan. Yang baru tidak akan ada jika tidak ada yang lama.
![]() |
| Pasangan katikis (dulu dan kini). klik here : http://sienaviena.multiply.com/journal/item/192 (Riwayat Santa Maria Goretti) |





